jam kelas kami yang paling tepat waktunya. buktinya,sebelum cikgu-cikgu yang tak sempoi datang mengajar,kami ubah jarum panjang jam kami 15 minit CEPAT. jadi semasa cikgu tu sedang mengajar….
Cikgu: ok.. semua buat latihan fizik mukasurat 74…
Kami: cikgu!dah pukul 11!kelas dah habis!
Cikgu: oh ye ke?tapi jam saya baru pukul 10.45…
Kami: kami ikut jam tangan Cikgu Roden(bukan nama sebenar dan juga guru disiplin). semua orang kena ikut waktu jam dia..
Cikgu: owh ok2..baiklah kelas,kita berhenti setakat ini….
ada satu lagi bukti. ni pulak semasa test. selalunya test 2 jam dan ada 2 cikgu yang jaga(mengikut jadual kelas) sorang jaga sejam. lepas cikgu pertama beredar, kami tukar jarum panjang jam 15 minit lebih AWAL. tapi ia perlu dilakukan dengan segera sebelum cikgu kedua datang. tapi tak mengapa,kami pro..tak pernah kantoi.
Cikgu: ok…masa menjawab sudah tamat
Kami: cikgu…belum habis lagi la. baru pukul 12.45. tinggal 15 minit lagi…
Cikgu: eh…tapi jam saya tepat pukul 1 dah…
Kami: kami ikut jam tangan Cikgu Roden. semua orang kena ikut waktu jam dia…
Cikgu: owh ok2..teruskan menjawab…
sebenarnya…kami pun tak tahu waktu sebenar jam tangan Cikgu Roden….